Total Pageviews

Sunday, 20 March 2011

hujan lagi disini..

semalam hujan...
begitu juga hari ini...
esok juga mungkin begini...
masa kecik time hujan paling suka ,boleh main hujan x pernah demam,
antibodi masih kuat.. sekarang kena air ujan 2 3 titik atas kepala siap la..
bila malam mula la pening2 sakit kepala..
sebenarnya.. ada benda lain yang aku suka bila hujan
baik masa kecik atau sekarang dah besau panjang..
jarang aku dapat rasa lagi suasana ni.. sebab kebanyakkan orang sekarang buat atap pakai
bata2.. pakai tanah..
AKU SUKA SANGAT... bila time ujan aku kat kampong..
atau kat mana2 tempat yang  aku duduk tu ada atap "zink.."
nak2 ujan tu lebat.. bunyi ujan yang berdentum berlumba lumba
menghempas atap memberi 1001 perasaan kat aku..
macam terapi.. cukup mendamaikan
setiap kali aku dalam suasana tu mesti memori lama akan datang balik..
peristiwa2 time aku kecik2 atau peristiwa yang mustahil aku nak ingat balik kalau time biasa..
suma tu datang balik.. macam nampak kat depan mata..
kisah2 manis zaman bebudak.. kadang2 lagu popular zaman bebudak pun boleh ingat balik..






nak pulak masa ujan tu duk kat beranda atau kat tepi tangga..


dapat tengok air hujan jatuh ketanah ,berlekuk tanah bila titik hujan berkali kali
menghempas di tempat yang sama..
pandang je tempat tu badan x gerak pun ,pikiran jauh menikmati kenangan lama
yang jarang2 datang..
pandangan tu kosong jer,,

Thursday, 17 March 2011

tegur lah aku KAWAN...

kawan...
harapnya dah tiada dendam yang bersisa..
harapnya kaki ini melangkah tampa beban lama yang bergayut
sebab terlalu penat menjeruk rasa amarah
terlalu penat menyoal takdir..
kalau ini jalan yang harus ku lalui
aku tetap akan melangkah ,yang datang itu ku sambut
yang menyilang itu ku rebut..
soalnya... aku masih lagi keliru dengan jalan ini
aku tidak mahu langkah ku di jalan ini ku bawa bersama
rasa dendam yang tak mahu hilang
rasa dendam yang akan mudaratkan semua yang di sisi ku..
kawan...
mungkin aku perlukan pimpinan dari tangan kalian
payung untuk ku berlindung dari sinar dendam yang membakar kulit
atau mungkin kalian boleh tunjukkan aku di mana harus ku pijak..
sebab aku mungkin tersesat ,tergoda dengan teduh yang bersifat sementara
yang akan berubah bila matahari kian gelunsur dari paksinya..
kawan..
mungkin juga aku takut
pada bayang bayang sendiri yang kadang2 kulihat bukan susuk tubuh ku
seolah punya tanduk dan ekor..
dan memikul berkarung beban dendam yang belum di lunas kan..
entahlah kawan.. kadang aku gembira bila aku tidak lunas kan
kadang aku tersiksa bila ku simpan..
kawan..
tegur lah aku andai aku lalai
tegur lah aku andai aku longlai
tegur lah aku andai aku alpa
tegur lah aku andai aku gelisah
tegur lah aku andai aku rebah......