Total Pageviews

Sunday, 14 August 2011

duit punya cite..

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:


 " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"


 RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. 


Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia,


 lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah.


Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, 


"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau , masjid, surau :) 




COPY/PASTE

Saturday, 9 July 2011

purdah dan mereka...

masa mula2 aku dtg pendapat aku ttg mereka ni berbeza sgt
15 june 2011 aku teman kan mama (mak angkat) hantar brg2 dapor untuk 
anak perempuan dia kat situ ,ari tu aku cuma tggu kat luar depan gate
je sebab cucu mama terlelap dalam keta..
datang la 3 4 org budak2 pompuan ber'purdah' tolong mama angkat
barang sebab banyak x boleh angkat sorang...
masa dorg dtg tu salam mama cium tgn aku tgk pun sejuk ati...
mungkin diorg dah berubah... tapi itu kali pertama pergi!!!
selang 2 mggu mama ada pergi lg jenguk ank dia sebab suami mama nak
kena pindah keja kat JB.. masa mama pergi ada seorg antara ber'purdah'
hari tu tanya mama siapa lelaki yg teman kan mama ari tu (aku la tu)
"mama terus jwp - aah korg jgn nak berangan dia takkan nak kat korg sebab dia tau
korg jahat sebab tu masuk sini".. itu yg mama cerita pada aku hehehe
aku dgr cerita mama hanya sengih jer...
selang 2 hari mama ajak lg aku kesana (hantar brg dapor lg)
kali ni mama ajak aku masuk kawasan asrama dorg
bila smpi jer anak mama terus dtg depan aku tanya kabar lebih kurang
dan yang menariknya... geng2 purdah kat dalam bilik duduk menjerit jerit panggil
nama aku dan suruh anak mama kirim salam kat aku.. aarggh.. serta merta pandangan aku
kat dorg sebelum ni terus berubah.. ingatkan mereka dah berubah tp masih mcm itu!!!!
mereka harus memakai purdah bila keluar dari asrama itu yg aku dapat tahu..
(sebenarnya pintu asrama di kunci masa ni dan mereka mengintai celah tingkap jer)
lepas mama borak dgn ank dia (nak masuk time asar) aku terdengar suara dr bilik sebelah
HAH SELAWAT!!! NAK ASAR DAH NI!! mama ckp tu suara ketua mereka kat situ..
pastu mula la mereka selawat ikut suara dr masjid kat situ (masjid kat situ tempat asrama budak laki)
aku mengeleng kepala tak tau apa aku nak rumuskan ttg mereka ni.. "geng purdah"

Saturday, 18 June 2011

aku menulis.. 4 (di salah satu subuh)

di salah satu subuh
aku bersimpuh merenung..
pandangan ku lemparkan jauh
bercempera dalam sebening gelap
dalam sesunyi waktu
sebelum fajar menjengah....


                   dan mula berputik soalan soalan
                   terbit bersama rasa dari dalam..
                   mata mula berkaca tumpah menuruni
                   pipi yang kering dan kerak....


tangisan sebelum fajar ini
mengaul bermacam rasa..
itulah yang membuatkan ia tumpah
membawa bergedung soalan.....




ujanpanas18june2011

Friday, 17 June 2011

aku menulis... 3 (aku tak paham)

jangan tergoda bintang di awan
sungguh mereka cantik dan indah
sinarnya mengamit nafsu mata
memuji keindahan yang berpaksikan cahaya


kan terbitnya di siang hari?
bukankah itu sudah melawan hukum alam
merempuh laluan tugas
menginkar ketepatan waktu?


dan masih ada sang2 manusia
mahluk kononnya paling bijak
raja segala alam... yang masih memuji keindahan itu
sukatlah ia dengan akal kalian
itu bukan bintang sebenar
kerna tiada layak ia muncul di antara
tegaknya mentari di atas ubun2 kita..


jinak merpati makan di tangan
beras dihulur kepak di sisip lenggok menari
memagut habuan ..paruh runcing tak rasa sakit
pagut penuh kecantikkan dan eraman manja
rasa ia dah di miliki..


namun nak di gapai ia terbang penuh culas
dan datang penuh manja andai di jamu


jinak manusia penuh dengan hina
kuasa, perempuan ,wang dan harta
jinak manusia bukan makan di tangan
jinak manusia makan di kaki....


ntahla kadang2 aku sendiri pun tak paham apa yang aku tulis...


ujanpanas 17june2011

aku menulis... 2 (jadual hari jumaatku)

esok mlm mungkin balik kelantan... tp x balik kg pun jd drebar je
nak anta mama sb dia ada hal ngan mahkamah atau pejabat islam
pe menda ntah... tu pun lepas aku balik dari tanjung karang besok 
sb aku ada hal jugak lepas jumaat.. rawang -- tanjung karang -- rawang -- kelantan
waaah.. jauh nak berjalan esok...


harapnya suma berjalan lancar selamat pergi dan selamat balik.....


ujanpanas 16june2011

Wednesday, 15 June 2011

aku menulis... 1 (tentang asrama remaja bermasaalah)

lebih kurang 30 org.. tu yang mama ckp
ada yang dipaksa dan ada yang sukarela dtg sini
contohnya td masa anta bekalan untuk anak mama (stok sebulan)
ada sorang gadis umo baru 16 thn dtg daftar dgn sukarela
katanya nak belajar agama kat situ


masa diorg dtg amik bekalan kat kereta td suma budak2
tu datang pakai jubah.. nampak mata je 2 bijik cam ninja
bila sampai je kat kereta salam mama cium tgn
alhamdulillah agama dan adab sopan kat situ di titik beratkan
aku pun dtg tggu kat luar je x masuk


pengasas pusat tu mggu lepas meninggal dunia
skang anak bini & bini yang teruskan pusat tu
tempat remaja bermasaalah...
mulia tujuan mereka.. malah ada yang duduk situ dah 6 tahun
sampai x nak keluar dan skang mengajar budak2 yang baru masuk


tapi suka lah tgk mereka tadi ,suma berjubah dan hanya nampak mata je
moga suma tu kekal bila mereka dah keluar nanti
buang suma perangai2 lama..




buat mama--          harapnya mama kuat tempuh dugaan ,saya tetap
                     akan tolong mama....
                     semampu yang saya boleh wlu pun saya ni 
                     hanya anak angkat
                     mama di tempat orang ni....


ujanpanas 14june 2011

Monday, 13 June 2011

satu bab dah selesai
tinggal lagi satu bab ,dah berkerak rasanya belakang aku ni
tido bangun tido bangun je hari hari
mudah mudahan segala urusan berjalan lancar
sebelum ogos 2011 hendaknya suma dah setel
duit simpanan pun lama lama makin surut


aku nak cuba sesuatu yang baru nanti
nak mulakan hidup lebih baik dari sebelum ni
mudah2an suma berjalan dengan baik....


ujanpanas 13 june 2011

Saturday, 4 June 2011

2/6/2011

tersenyum aku bila brader kat depan mula tersenguk senguk 
melawan mengantuk (mungkin pengaruh penyaman udara) 
.. langsir biru kat sebelah aku selak ,
cuaca kat luar bole tahan panassss.. 
aku pun ngantuk sama tapi aku mampu tahan 
wlu semalam aku cuma tido 1jam setengah!!!!..
sang penceramah kat depan mencuba sehabis daya nak menarik perhatian kami sang pendengar
tapi itu sekarang.. berbeza sangat dengan sesi pagi.. 
penceramah sesi pagi best tahap gaban ,
kelakar nak mampos dah boleh join maharaja lawak.. "nama saya tengku nizam bin tengggg.... nama saya tengku nizam bin tengkorak korangggg!!!".. 
bayangkan tu la perkataan pertama dia sebut 
setelah beri salam dan ucap selamat.. 
gila boros mulut dia tapi suma orang enjoy.. cina ,melayu ,india ,sigh suma ada aritu..


hurmm.. satu benda yang aku dapat 
dan cukup berguna untuk aku hari tu ,
iatu cara untuk memikat khalayak ,
walau cara mereka berbeza (sorang sesi pagi sorang sesi petang).. alhamdulillah aku "dapat' apa yang mereka sampaikan semampu ku... terima kaseh untuk ilmu kalian...






ujan panas 4/6/2011

Sunday, 15 May 2011

mengumpul kenangan....

kenangan..
kita bukan manusia klu idop tampa kenangan
kenangan lah yang mencoret apa yang kita buat ari ni
pahit manis semua kita simpan
sepanjang idop aku dah macam2 kenangan yang aku kumpul
kadang2 bila pikir balik x logik pun apa yang aku buat
tapi tu yang mencoretkan aku sekarang
berasal dari kampong datang ke bandar
buatkan aku nak tau sangat apa yang ada kat bandar
semua benda nak tau.. alhamdulilllah aku x sesat dengan cara hidup kat bandar besar
haram halal penah aku tempuh, nilai dan aku buat pilihan
sekarang aku di sini.. aku selalu tersenyum bila ada adik2
yang datang dan bercerita bermegah megah tentang apa yang mereka buat
yang datang dan bercerita menyesal tentang apa yang mereka buat
aku senyum sebab suma tu aku dah lalui
dan mereka masih lagi 'baru' 
harapnya mereka x tersesat dengan keindahan kota
yang penuh dengan jerat
aku akan terus mengumpul kenangan... 

Monday, 2 May 2011

ntah la kawan

layak ke aku?
mereka selalu berkata aku bertuah
bukan aku x bersyukur
tapi aku takut rasa ni cuma rasa dendam yang menyamar
aku x akan lukakan mereka
kekadang.. bila dendam tu datang aku rasa aku ni kotor sangat
jauh di sudut hati penuh dengan rasa hitam
tapi bila mereka aku lukakan
aku x rasa puas pun
malah bila sendirian aku selalu bertanya apa yang aku dah buat??
aku miskin dalam bab ilmu agama
mungkin sebab itu aku susah nak tenteram
sebab aku tak pernah bersungguh melatih sifat memaafkan
semua tu jelas bila aku masih lagi rasa dendam itu timbul
wal hal aku sudah memaafkan
ada lagi sisa2 dendam yang berbekas
yang bila di layan akan biak dan bertunas
aaaarghhh..
tuhan hantarlah bidadari dalam jelmaan manusia
biar ia di sampingku
mencairkan segala sifat hitam
atau mungkin kau sudah hantarkan padaku?
dan aku hanya perlu mencari?
tentulah!!!
kecantikkan bidadari itu bukan hanya untuk rupa!!!
mengapalah aku x terpikir itu..
dan aku takkan dapat klu aku x mencari
sebab tuhan suruh umat manusia sentiasa berusaha
hurrrmmm.. siapa di antara mereka itu??
ahh.. hidup ini pasti seronok bila ada yang perlu kita buat
bila ada sesuatu yang perlu kita cari
dan aku percaya 'dia' ada di antara mereka
hati aku perlu di lembutkan
sebab dunia x pernah adil
dunia mengajar kita apa perlu di buat
apa yang perlu kita terima
dan apa yang kita pelajari
semua tu nanti akan di timbang sukat
dan akan menentukan jalan mana kita kena lalui
kanan atau kiri ,gelap atau cerah
tunggu lah aku 
aku akan mencari mu
walau di mana kau sembunyi
sebab kau sudah tertulis untuk ku
 kau sudah di hantar untuk ku
apa yang aku perlukan adalah isyarat
macam getar di sarang labah2 bila 
sesuatu menyentuh dan isyarat itu akan di hantar ke hatiku
dan apa yang aku perlukan ialah mengikut petunjuk itu
andai bukan.. aku kena mencari lagi dan akan terus mencari....



Monday, 25 April 2011

aku sudah di penghujung???

zat setanggi mangagau likat malam
mengendong, menjinjing titik2 bau yang ghairah ,mengoda rongga
bertanya ,mengajak layar menyekat tujuan angin
nun jauh di dasar 
loceng rasa tak henti berdetik 
irama berubah mengikut warna asap yang jatuh
hempas ,kecai tiada berbingkai
nadi pindah dari logik pasaknya 
terseret ke saraf jerlus
yang paling dalam ,paling hitam
mengepam zarah2 cemas 
memalu gendang di dinding hiba
terketar tiang tiang sasa yang selama ini ego berdiri
senak di alu berkali kali 
tunggu mercik peluh merah 
tunggu mercik muntah segumpal resah
rasa itu datang lagi.. 
rasa ini 'dia' yang di atas itu kurnia pada ku
dan mungkin juga pada kalian
rasa ini tanda ,rasa ini peristiwa ,rasa ini punca..
gerun menunggu takdir 
untuk mampu titi laluan 'dia' kali ini
jurang kali ini mungkin lebih kejam....
atau ini mungkin ....aku sudah di penghujung....

Monday, 11 April 2011

bodohnyer akuuuuu...

ari ni aku rasa bodoh sangat.. haish.. rugi rm30 + rm3.50...
kisahnya begini.. oleh kerana ari ni aku masih lagi mc (demam) aku ingat nak selesai la mana2
bil yang ada bil api ,air ,tepon ,bb ,astro dll. ...asik tunggak je makin membukit la nanti
yang aku terasa bodoh ni jadi kat pejabat pos.. nak gi bayar saman parking MDKL (majlis daerah kuala langat).. gi pos opis beli money oder ,beli envelop buh money oder dalam tu dan masukkan dalam tong kunung pastu terus  balik umah.. on tenet search web DAWAMA ingat nak beli buku guna cara pos.. baca step by step dan baru aku perasan aku tadi tak tulis ADD PENERIMA kat ENVELOP!!!!... apa gila pos surat tak tulis add?? mungkin aku sengal kot sebab makan ubat demam sampai 3 4 jenis  dan mungkin juga ni la akibat klu seploh taun sekali jejak kaki kat pos opis.. adeh.. rugi.. rugi rugi..

Wednesday, 6 April 2011

perjalanan ku..

jauh lagi ke perjalanan kita ni??
tidakkan tahu bila kita akan 'dijemput pulang'
bagaimana keadaan kita waktu itu??
dan ntah cukup ke bekalan yang kita kutip di sepanjang
perjalanan tadi..
terasa sangat kerdil jasad aku ini
sebab aku terlalu 'miskin' dengan amalan2 untuk ku mengadap
tuan punya alam ,tuan punya hidup dan mati segala mahluk..
nafas yang ku pinjam ini tentu ada bayaran kelak
nikmat yang tak putus kau kurnia pasti ada harganya 
nanti.. layakkah aku nanti di 'tempat itu'
disisi kekasih mu yakni penghulu manusia
insan paling mulia..
selagi nafas ini berfungsi di rongga2 ku
perjalanan ini tetap di atur ,langkah tetap dihayun
sehingga rebah bila diminta.. janganlah aku dihanyutkan,
doa ku dugaan2 mu untuk aku yang lemah dan rapuh ini
jangan lah terlalu berat dan rumit
bimbang iman yang nipis bertapak di hati ku ini berkecai
gugur dengan godaan..




Tuesday, 5 April 2011

peristiwa di kubur cina (bukan cita hantu)

cita ni sebenarnya dah lama (3 4 taun kot)..
 tiba2 malam ni ingat balik jadi aku coret2 cakar2 kat sini
untuk kongsi ngan sesapa yang rajin membaca.. once upon a time.. masa tu aku keja kilang spare part keta kat rawang (vendor untuk proton & perodua).. ari tu shif malam.. time rehat shif mlm pukul 12 aku balik umah sewa.. umah pun tak jauh ,nek moto tak sampai 5 minit pun.. aku saja balik mlm tu sebab member dari penang ada datang jejalan lepak 2 3 ari..
masa aku lalu pintu pagar ke tanah pekuburan cina tu (ni jalan dekat) untuk balik umah, aku dah perasan ada 2 budak india tercongok atas pagar tepi longkang flet baru tengah buat.. (cuba korang bayangkan lalu ikut tengah2 kubur cina memalam) aku buat biasa je la sebab aku selalu ikut jalan tu.. walau pun orang selalu tegur aku.. 'mer ko tak takut hantu ke lalu situ tgh2 malam ,kiri kanan kubur ,batu nesan bersepah.. ati kering la ko".. sebenarnya aku ni bukan la berani sangat dan bukan jenis penakut sangat.. pada pendapat aku masa tu mudah je.. aku ni melayu dan islam ,antu cina takkan nak kacau aku yang melayu dan tak percaya kat agama dorg.. hehehe.. sengal gak aku ni kadang2.. okey sambung balik.. ringkas cita aku dah jumpa member sembang lebih kurang dan terus turun nak masuk keja balik..bila aku lalu balik ikut jalan tadi sampai je kat pertengahan kawasan kubur cina tadi (time ni bulan terang wooo...) aku nampak dari cahaya lampu moto aku ada susuk tubuh bediri tengah2 jalan.. samar2 je tempat tu ,tempat pendiang bakar mayat.. aku pelankan moto (jalan situ jalan batu batu tak berturap) tukar gear 2.. stanby.. sebab aku pasti sesuatu akan berlaku sekarang.. bila aku dah dekat aku nampak susuk tubuh itu ialah budak lelaki india tadi (umo lebih kurang 17- 25 taun).. beliau menutup muka dengan kain sambil menghalang jalan.. dalam hati aku "celaka.. dia nak samun aku ni".. bila dah dekat je aku pulas minyak.. india tu sambar belakang aku (guna sebelah tangan) sebelah lagi pegang kain tutup muka.. bila dia lepas kain tu kain tu jatuh dia tutup balik muka dia .. mengong..






....bodo punya penyangak.. masa dia sambar aku tu nasib baik uniform keja aku tu jenis kain licin so tak lekat la dia pegang.. aku pulas minyak smbil menoleh ke belakang melihat dia terkial kial mengejar aku.. tapi mana lagi sorg??? mereka kan berdua??..
 bila aku toleh depan je nampak lah lagi sorg penyangak bodo terkam ke arah aku.. (time ni dah smpi gate depan).. masa ni ntah semangat apa dah rasuk aku ,aku pulas minyak halakan moto aku tepat ke arah penyangak bodo tu sambil kaki belah kanan aku angkat lurus2.. buuuuuk!!! tepat kat dada si bodo tu .. berlipat budak tu tersungkur kunyah tanah (masa ni aku pakai safety boot maklum lah time keja) bayangkan effect safety boot tu kat paru2 dia hehehe..aku pulak nasib baik moto tak terbalik terus pecut masuk kilang.. sampai je kat kilang perasaan aku bercampur aduk.. gembira aku selamat ,lucu bila ingat yang sorang tu tutup muka.. tutup buka tutup buka.. puas ati bila dapat hadiahkan "penerajang terbang" kat dada dia... dan pada pendapat aku dorg ni amatur lagi kot dalam samun menyamun ni.. yelah kalau yang sorg tu pegang tak lekat yang tunggu kat depan tu standby la kayu ke apa ke..
ni main terkam jer ngan tangan kosong.. heh.. kena balik la ko penyamun bodo .. apapun aku syukur aku selamat dari peristiwa tu ,klu tak selamat takde la aku nak cerita kat sini.. lepas kejadian tu aku tak lalu lagi situ mlm2.. bukan takut HANTU tapi takut pemyangak2 bodo tu balas dendam... kui kui kui

Monday, 4 April 2011

selamat datang kawan

Ujan Panas on Monday, April 4, 2011 at 1:57am

 selamat datang kawan..
jemputlah ke dunia ku.. terokalah semahu mu
lebih ku gembira terkurang maaf ku pinta
terimalah aku seadanya...
dengan rasa rendah diri  lelaki ini meminta
ajarkan aku tentang persahabatan
ajarkan aku tentang perhubungan
'cubitlah' kalau aku terkasar tutur
sindirlah aku andai  terlanjur laku..
tampa kalian aku mungkin sesat
kerna... kalian lah panduan sesama kawan

aku ibarat sang nila utama
karung ku penuh dengan bahan masakan..
mencari kalian untuk menolong ku
bersamaku asingkan yang mana garam yang mana gula
yang  mana intan yang mana kaca
yang mana dosa yang mana pahala..
andai kalian sudi berjalan bersamaku
andai kalian sudi berpanas bersamaku
andai kalian sudi berhujan bersamaku...
hulurkan tangan kalian biar mampu ku sambut...

Sunday, 20 March 2011

hujan lagi disini..

semalam hujan...
begitu juga hari ini...
esok juga mungkin begini...
masa kecik time hujan paling suka ,boleh main hujan x pernah demam,
antibodi masih kuat.. sekarang kena air ujan 2 3 titik atas kepala siap la..
bila malam mula la pening2 sakit kepala..
sebenarnya.. ada benda lain yang aku suka bila hujan
baik masa kecik atau sekarang dah besau panjang..
jarang aku dapat rasa lagi suasana ni.. sebab kebanyakkan orang sekarang buat atap pakai
bata2.. pakai tanah..
AKU SUKA SANGAT... bila time ujan aku kat kampong..
atau kat mana2 tempat yang  aku duduk tu ada atap "zink.."
nak2 ujan tu lebat.. bunyi ujan yang berdentum berlumba lumba
menghempas atap memberi 1001 perasaan kat aku..
macam terapi.. cukup mendamaikan
setiap kali aku dalam suasana tu mesti memori lama akan datang balik..
peristiwa2 time aku kecik2 atau peristiwa yang mustahil aku nak ingat balik kalau time biasa..
suma tu datang balik.. macam nampak kat depan mata..
kisah2 manis zaman bebudak.. kadang2 lagu popular zaman bebudak pun boleh ingat balik..






nak pulak masa ujan tu duk kat beranda atau kat tepi tangga..


dapat tengok air hujan jatuh ketanah ,berlekuk tanah bila titik hujan berkali kali
menghempas di tempat yang sama..
pandang je tempat tu badan x gerak pun ,pikiran jauh menikmati kenangan lama
yang jarang2 datang..
pandangan tu kosong jer,,

Thursday, 17 March 2011

tegur lah aku KAWAN...

kawan...
harapnya dah tiada dendam yang bersisa..
harapnya kaki ini melangkah tampa beban lama yang bergayut
sebab terlalu penat menjeruk rasa amarah
terlalu penat menyoal takdir..
kalau ini jalan yang harus ku lalui
aku tetap akan melangkah ,yang datang itu ku sambut
yang menyilang itu ku rebut..
soalnya... aku masih lagi keliru dengan jalan ini
aku tidak mahu langkah ku di jalan ini ku bawa bersama
rasa dendam yang tak mahu hilang
rasa dendam yang akan mudaratkan semua yang di sisi ku..
kawan...
mungkin aku perlukan pimpinan dari tangan kalian
payung untuk ku berlindung dari sinar dendam yang membakar kulit
atau mungkin kalian boleh tunjukkan aku di mana harus ku pijak..
sebab aku mungkin tersesat ,tergoda dengan teduh yang bersifat sementara
yang akan berubah bila matahari kian gelunsur dari paksinya..
kawan..
mungkin juga aku takut
pada bayang bayang sendiri yang kadang2 kulihat bukan susuk tubuh ku
seolah punya tanduk dan ekor..
dan memikul berkarung beban dendam yang belum di lunas kan..
entahlah kawan.. kadang aku gembira bila aku tidak lunas kan
kadang aku tersiksa bila ku simpan..
kawan..
tegur lah aku andai aku lalai
tegur lah aku andai aku longlai
tegur lah aku andai aku alpa
tegur lah aku andai aku gelisah
tegur lah aku andai aku rebah......

Saturday, 19 February 2011

kaki lagi...

pic kaki lagi.. huhuhu
ntah la tak tau nape skang ni suka sangat ngan gambar kaki.. pic ni aku amik kat belakang opis kat kota damansara ,baru sampai opis tp malas nak masuk jadi lepak sambil snap pic kaki..
bila sebut pasal kaki ni banyak benda yang boleh di cerita kan pasal kurniaan tuhan nan sepasang ini..
dengan kaki ini lah kita berjalan ,berlari ,bersilat ,melompat.. tugas kaki bawa kemana kita nak pegi.. kalau baik tempat yg dia bawak seronok la kita ,klu kotor berjungkit jungkit la kita.. tugas kaki cukup berat ,bukan takat menampung berat badan kita je..
kena kejar anjing contohnya salah satu keja berat yang kaki kena buat.. pelari (atlet) contohnya.. kaki adalah segala2nya ,siap ada insuran kaki lagi..
dan walau macam mana pun rupa bentuk kaki kita jaga la kebersihan.. JANGAN BIARKAN KAKI KITA BERBAU..

Thursday, 17 February 2011

terkenang semasa dulu..

terkenang semasa dulu....


masa kecik dulu aku hidup susah
selipar pun kadang2 sebelah hijau sebelah merah..
hihihi.. orang tua tak kesah sangat bab2 pakaian ni ,janji kami satu keluarga ada makanan..
adik2 aku bertuah tak lalui semua tu ,nak2 yang bongsu ,suma nak boleh dapat sebab abang2 kakak2 dah besar panjang ,dah keja.. 
tiap kali raya dapat baju baru.. aku dulu jangan mimpi la.. 3 taun sekali baru dapat rasa baju baru kalau tak.. pakai la baju abg2 yg lama2 tu... tak pun ada sedara mara yang sedekah..
kasut sekolah sepasang jer dulu macam tu la jugak sua dan baju sekolah.. kasut kuning jer nak habis kan seminggu tu.. kalau basuh karang nak pakai apa plak.. tiap kali ari minggu ikut mak abah g menoreh.. balik noreh singgah kedai beli maggi.. (upah tolong org tua).. ingat lagi masa aku kecik2 masa tgh bodoh lg.. masa ikut abah g noreh.. tengok pokok getah besar2 pastu tanya abah 'abah apa ada dalam pokok getah ni?'.. abah aku jawap selamba.. 'dalam tu ada duit la'.. haiks? aku dah pelik ,aku kata kat abah 'buat apa la kita susah2 noreh ,baik tebang je pokok getah ni pastu kita amik duit dalam tu'.. abah aku rilek jer.. 'hehehe nanti abg cik dah besar abg cik paham la apa yg abah cakap ni'
ooo.. macam tu.. haaaa.. skang bila aku dah besa aku ingat balik apa yg aku tanya abah dan aku selalu senyum sorang2... abah suka sangat guna kata2 kiasan.. budak2 cam aku mana la nak  paham.. abah..abah..